Assalamualaikum w.b.t....
2013.
Bila 2012 ditinggalkan.
Ketika tahun berubah angka dengan peredaran masa.
Bagiku, bila angka itu berubah, tiada apa yang perlu
digemparkan sangat.
Cukuplah kita bersyukur di atas nikmat kehidupan.
Kerana tahun baru itu bukanlah untuk diraikan. Tetapi untuk
muhasabah diri.
Jika ingin diraikan tahun baru itu sekalipun,
ayuhlah kita
raikan tahun baru kita sebagai muslim,
iaitu Tahun Baru Hijrah. Itu yang
sepatutnya kita raikan.
Doa akhir & awal tahun hijrah. Solat hajat. Bacaan
Yaasin.
Berjemaah di surau itu lebih baik rasanya berbanding
berjemaah di dataran itu, dataran ini.
Dan,
jika betul pun berkehendakkan sedikit hiburan pada
sambutan awal tahun itu sendiri,
serasanya tidak salah dilakukan dengan cara
syariat islam
seperti nasyid dan lagu-lagu yang mengigatkan diri kepada Allah.
( Inisiatif sambutan tahun baru di Shah Alam yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus
juga perlu dipuji. Puluhan belia islam turut sama menjayakannya.)
 |
antara artis yang turut menjayakan. |
Apabila diri berkecimpung dalam konteks ini,
ingin rasanya
berkongsi cerita serba sedikit tentang Rasulullah S.A.W,
nabi junjungan mulia.
Tetapi,
ceritanya, antara ingat dan tidak sebenarnya.
Jadi,
kepada sesiapa yang mengetahui tentang cerita ini,
bolehlah menegur Ana sekiranya ada yang salah.
OK???
Ceritanya begini.
Pada hari perkahwinan Baginda Muhammad S.A.W,
Baginda
terdengar suara orang menyanyi.
Lalu, sahabat baginda bertanyakan Saiditina
Aishah r.a, suara siapakah itu?
Aishah menjawab, itu suara nyanyian
hamba-hamba,
untuk meraikan perkahwinan.
Baginda Nabi Muhammad S.A.W lantas berkata, tidak mengapa.
Nyanyian itu
hanya untuk meraikan sahaja...
Begitulah serba sedikit cerita yang masih terselit di minda
yang lemah ini.
Sekadar mendengar cerita ini di corong radio salah satu stesen
radio tempatan.
Menurut cerita berkenaan,
hikmahnya adalah menginginkan hiburan
itu adalah fitrah
bagi setiap manusia yang telah diciptakan Allah.
Cuma,
berpadalah dalam setiap hiburan itu.
Bagaimanapun, ianya sekadar perkongsian cuma. Ketika idea mengalir
begitu sahaja. Tidak salah rasanya Ana menulisnya terus di kala berkesempatan.
Bukan untuk bermegah mengaku diri ini baik tetapi sekadar peringatan kepada
diri sendiri dan perkongsian kepada rakan-rakan. Kerana diri kita pun semakin sampai ke penghujung.
Akhir kalam,
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.” (surah Al-fatihah, ayat 6)
Wallahua'lam.
Idea yang tercurah begitu sahaja,
Nur Hannan Che Soh. <3