Assalamualaikum w.b.t............
Dah lama rasanya x conteng blog aku nie haa.....maklumlah,orang busy kan???hik3....urm,sebenarnya,aku baru je balik dari Kem MPP Kolej-kolej MARA seluruh Malaysia.....kem tue,kalau ikut kira,memang best & syok....mana tak nye,buat kat Hutan Belum kot.....!!!dengan semua peserta yang sporting.....memang kalau dari ssegi komunikasi,memang tak de masalahlah...perfect!!!cuma,yang ada masalah tue,dari pihak aku sendirilah....sebab??urm..............memang sedih!!!!aku diuji......oleh Allah sekali lagi....tak sampai seminggu diuji dengan histeria di kolej,kini aku menerima ujian di Pulau MARA,Hutan Belum.....aku mengalami sedikit injured pada bahagian tangan kanan....bahu...disebabkan trek jungle trekking yang memang terlampau licin pada pagi jumaat......memang rata-rata peserta jatuh kot!!!!pape pun,kem nie memang terbaik lah....thanks buat sesape yang banyak menolong aku kat sana...x lupa jugak kepada yang memberi semangat kepada aku....
About Me
- Ana CS
- >A Medical Engineering student< My blog is my staple diet..As serius as insulin does for those who are diabetics!
Wednesday, 14 December 2011
Friday, 2 December 2011
Bila diuji,lihatlah masa lalu......:)
Assalamualaikum w.b.t...............
sepanjang perjalanan dari Alor Star ke Terengganu,aku langsung lena walhal tidur berbantalkan kerusi....langsung tak de gangguan dan tidur senyenyak-nyenyaknye...(^_*)...mungkin terlampau penat...badan nak cover rehat kut...kan???he3....dah la tidur dalam bas x jaga-jaga,pas tue,sampai rumah,masuk bilik aku,nampak katil,terus pulak sambung tidur....tau tak pukul berapa baru bangun balik???12 p.m kot!!!bahai betul lah....lama giler!!nasib umi kejutkan aku bangun subuh pukul 6.45...subuh gajah kot...urm,tadi,around 8 a.m,umi & kak fatin kejutkan aku untuk mandi sebab katanya,hari nie nak balik Kota Bharu sampai petang....tapi,apa aku nak cakap,memang aku x ley nak bangun....nak buka mata pun,aku x dapat buka...nasib boleh dengar suara dorang je.....i need some rest!!nasib baba datang kejutkan aku,tanya aku nak ikut ke x dorg balik KB....tapi,aku x dapat nak bagi respons selain hanya dapat mendengar....akhirnya,baba memahamiku & mengatakan kepadaku bahawa aku balik rumah untuk rehat,tidur...bukan untuk suka-suka...thanks a lot,ba for understanding me.... Mesti korang semua tertanya-tanya kan apa yang sebenarnya berlaku kepada aku sampai menyebabkan aku sangat penat???urm....aku x tau sama ada benda nie patut x aku share tapi,insya-Allah,aku akan ceritakan apa yang patut sahaja,sekadar peringatan & pedoman hidup kita....agar kita sedar,,dari mana sebenarnya kita datang dan akui kelemahan diri kita yang tidak dapat melawan kuasa Ilahi...mungkin entry aku pada kali ini agak panjang sedikit tapi,harap korang x jemu membacanya sehingga noktah ye??
Isnin,28 Nov 2011
Kuliah seperti biasa sehingga pukul 1.30 petang.....:) pukul 2 petang,aku dihantar oleh van ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan kerana aku mengalami selesema,batuk & demam sejak hari Khamis,24 Nov 2011....maksudnya,dah 5 hari...sepanjang 5 hari nie,hanya panadol yang menjadi temanku....setelah mendapat rawatan daripada doktor,aku diberi ubat seperti biasa dan balik ke kolej.....:) setibanya aku di hostel,aku terus menunaikan solat asar...hajatku ingin tidur tapi memandangkan prinsipku yang x akan tidur selepas asar,jadi aku terpaksa membantutkan niatku dengan menghantarkan mesej kepada fly a.k.a Mohammad Aqifly Zamri iaitu salah seorang rakan ASiS ku mengatakan bahawa aku mendapat mc daripada doktor 2 hari...niat di hati,nak bagi dia jeles..he3...usai menyucikan diri,solat dan makan ubat,aku berteleku di meja study ku,membaca assignment English yang baru je dapat tadi...sekadar baca sahaja kerana aku telah dipengaruhi kesan ubat batuk...lepas tue,didi a.k.a Dieana Mazli,roomate aku mengejutkanku untuk solat Isyak..selesai solat Isyak,aku terus tidur....di pengakhiran lenaku lewat malam itu,aku dikejutkan dengan suasa bising dan kecoh rakan-rakan hostelku...pada mulanya,aku memang malas nak melayan karenah mereka kerana dah terbiasa....tapi,bila Haiza,roomateku mengejutkanku bahawa berlaku histeria,aku terus bangun dan mencapai handphone ku.ku lihat,jam handphone baru pukul 11 malam.Terus,aku mendail no salah seorang ustazah.Malangya,panggilanku x berjawab.Lantas,aku menukar pakaianku dengan menutup auratku kerana sudah terbiasa diamalkan di SESTER setiap kali bende sebegini berlaku,pasti ada kaum Adam yang akan datang.Malam tue,susana sangat kelam kabut....Syaitan,seperti biasa,langsung x pernah letih untuk menyesatkan hamba Allah yang beriman teguh kepadaNya.Hanya bacaan ayat suci Al-Quran yang menjadi halwa telingaku dan juga pambasah bibirku sementara menolong apa yang patut.Kesihatanku langsung aku tolak ketepi demi menjaga kebajikan rakan-rakanku...Setelah pelbagai cara dilakukan oleh ustaz,rakan-rakan lelaki yang sudi membantu kami warga aspuri,akhirnya kami berjaya meredakan keaadaan dengan izin Allah...pukul 1.30 pagi,semua beredar...aku dan beberapa orang pelajar hawa yang lain ditugaskan untuk tidur bersama kawan-kawan kami di satu bilik khas...namun,aku x dapat lelapkan mata...handphone ku capai untuk memberitahu parents aku akan hal ini selain memberitahu status kesihatanku....aku fikir,pukul 5 pagi barulah aku terlena dan terjaga setelah kedengaran azan subuh berkumandang dari surau kolej...
Selasa,29 Nov 2011
Niatku baru je x nak gunakan mc yang diberi doktor tapi,memandang keadaanku yang masih panas ditambah pulak dengan apa yang berlaku,aku terpaksa menggunakan mc ku itu..sekali gus,turut menjaga rakan-rakan yang terkena semalam...dalam keadaan ini,aku terpaksa mengetepikan dulu kesihatanku...Alhamdulillah,semuanya ok...kami dilindungi Allah...:) aku pun dah x demam....sore itu, aku seperti biasa ke Dewan Selera untuk dinner bersama roomates aku, Dieana Mazli & Nazatul Husna..usai dinner,kami terus pulang ke hostel keran jam dah menunjukkan hampir pukul 7 malam... kebiasaannya,kalau hari masih awal,kami akan berjalan sekitar kolej...setibanya kami di kolej kediaman perempuan,aku dikejutkan dengan suatu jeritan....bila terfikir,baru aku teringat,sekarang ada waktu Maghrib...dan pada kebiaasaannya,waktu beginilah syaitan akan membuat onar kepada makhluk Allah yang cukup istimewa seperti kita....lantas,aku menerjah masuk ke bilik yang datangnya suara itu..ku lihat,seorang rakanku yang aku jaga sepanjang aku mc tadi mengaduh kesakitan...dengan kalimat suci Allah,aku & rakan-rakan yang lain menolongnya apa yang termampu....aku turut kagum dengan dirinya yang masih mahu menunaikan solat maghrib walaupun dalam keadaan begitu...mungikn itulah salah satu cara yang berkesan untuk menghalau syaitan yang dilaknat Allah... kami menolongnya untuk menunaikan solat....namun,syaitan memang licik!!!dia mengaduh kesakitan yang teramat!!kami lantas membawanya ke bilik khas setelah diarah felo-felo yang datang...seluruh tenaga digembleng untuk mengusungnya...ketika syaitan semakin licik mempermainkan kami,seorang felo mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat rawatan islam yang terdekat...aku diarah untuk menjaga & mengiringinya masuk ke kereta...seluruh isi kereta felo tersebut digegarkan dengan bacaan suci Al-Quran melalui kaset yang dipasang...memang banyak dugaan dan cagaran untukku mengawal keaadaan pada waktu itu....apalah sangat kudratku untuk melawan kekuatan syaitan yang seringkali menolakku dan terjelupukku dibuatnya...sakitnya badan,tidak aku hiraukan kerana aku tahu, Allah yang Maha Besar ada bersamaku...ramai warga kolej yang menonton free show ini lebih-lebih lagi kaum adam kerana ketika ini,kami ke surau dengan kereta salah seorang felo...untuk mengawal dirinya,aku menyuruh felo tersebut mengazankan....Alhamdulillah,ada jugak seorang kaum adam yang datangnya dari surau turut melaungkan azan...syukur,keadaan kembali terkawal...terus,kami mengusungnya kembali ke dalam kereta...sepanjang perjalanan ke pusat rawatan islam,kami diulit bacaan suci Al-Quran...tenang hatiku saat itu..setibanya di sana,rawatan terus dijalankan....namun,aku terus memberitahu felo yang aku belum menunaikan solat maghrib...aku dihantar ke rumah ustaz untuk menunaikan kewajipanku..kemudian,kami ke sana kembali...dihatiku tidak berhenti menyebut kalimat-kalimat Allah agar aku kuat untuk melawan tipu daya syaitan...dalam masa yang sama,seluruh tangan kiriku dan kaki kananku turut tersa berat...kata salah seorang pak cik yang berubat itu,syaitan sengaja...pak cik tue turut menghembuskan ayat suci Al-Quran kepadaku... sejenak,ringan kembali anggotaku...banyak yang berlaku sepanjang rawatan dijalankan....usai rawatan,pukul 12 tengah malam, kami dijemput ke rumah ustaz untuk makan.....kami tiba di kolej pada pukul 1.30 pagi....dalam perjalan pulang ke kolej,aku difahamkan salah seorang roomateku turut terkena...syaitan...memang x pernah serik...!!!aku terus melulu ke bilikku yang dipenuhi rakan-rakan lelaki...rupa-rupanya,mereka mendinding bilikku dengan laungan azan dan apa yang sepatutnya....bilik-bilik lain turut dibuat benda yang sama...setelah selesai,aku terus tidur...sebelum tidur,aku makan ubat & membaca surah yaasin & mazil sebagai pendinding diriku daripada hasutan syaitan....lebih kurang pukul 3 pagi,aku terlelap...namun,handphone yang sengaja ku letak ditepiku berbunyi nyaring meminta diangkat...aku angkat dan rupa-rupanya benda tue ,masih x berakhir...jam menunjukkan pukul 4 pagi...fuh,baru sejam aku tidur...namun,aku harus membantu rakan-rakanku...terus,aku ke bilik yang dimaksudkan dan kami sekali lagi bergabung tenaga untuk melawan syaitan....jelas,syaitan x pernah mengalah...jadi,kami pun x kan pernah mengalah dan tunduk padanya...kami hanya akan tunduk pada Allah yang Maha Esa... azan subuh semakin menggamatkan suasana apabila hanya kaum hawa yang melawan....kami bergilir-gilir untuk menjaga rakan-rakan kami kerana kuliah akan bermula beberapa jam sajaha lagi...
Rabu,30 Nov 2011
usai mandi,aku terus solat subuh & berkemas apa yang patut untuk ke kuliah...sebelum ke kuliah,aku turut berkesempatan membaca yaasin kepada rakan-rakanku...kehadiranku ke kuliah agak menyedihkanku kerana ramai yang bertanggapan bahawa aku yang kena....tapi,aku hanya ignore je cakap mereka...x kurang jugak yang memberiku semangat...masa komputer,sekali lagi aku terasa anggota badanku berat,iaitu tangan kiri dan kanan...salah seorang classmate lelakiku yang juga turut membantu menjaga rakan-rakanku menyedari keadaanku....dia lantas memanggilku dan menyuruhku menjaga diri dan mengingati Allah...selesai sesi kuliah pada hari ini,aku terus ke PPKK yang menempatkan rakan-rakanku....sekali lagi,aku diarahkan uastazah untuk menjaga rakanku merangkap roomate & classmateku yang diasingkan bilik dengan rakan-rakan yang lain....dengan kekuatan yang lahir daripada Allah s.w.t,aku menggagahkan iman dan diri untuk berdepan dengan apa sahaja yang mungkin akan berlaku...tambahan pula,hanya aku dan dirinya sahaja di dalam bilik tersebut...mulutku tidak berhenti dengan ayat suci Al-Quran.....ustazah turut menyuruh aku menjadi imam kepadnya untuk solat zuhur....dalam rakaat pertama,aku membaca surah al-qadr dan rakaat kedua,aku membaca 4 kul...sebenarnya,aku teringat apa yang ustaz di sester bagitau dulu tentang benda yang berlaku sekarang...kata ustaz,ini antara surah yang syaitan x boleh dengar...ternyata,ketika aku mengalunkan surah-surah tersebut dalam solat kami,dia di belakangku merangkap makmumku mengalami sedikit gangguan ketika solat....gangguan tu,x perlulah aku nyatakan di sini....aku turut x dapat mengawal emosiku dalam solatku itu terus air mata menitis....Subhanallah,betapa kerdilnya aku dan betapa hebatnya Allah....usai solat dan mengaminkan doa dalam keadaan aku teresak,aku terkejut,makmumku mengelus lembut belakangku,seolah-olah ingin menenangkanku....:) petang itu,memang banyak benda yang berlaku sekali gus menguji kekuatan rohani dan imanku....dan berlanjutan sehingga malamnya walaupun seorang ustaz sufi datang untuk membantu kami.....jelas,ustaz tersebut memang kuat hafazan Al-Qurannya & ilmu agamanya berbanding kami.....saat bersama dengan ustaz tersebut,melihat cara rawatannya,solat jemaah maghrib & isyak serta mendengar sedikit tazkirah telah menyedarkan aku bahawa semua yang terjadi pasti ada sebab & hikmahnya yang tidak kita ketahui....ujian yang diberi Allah adalah untuk kita menyedari bahawa kita sebagai seorang hamba Allah yang lemah memang memerlukan Allah dalam kehidupan kita jadi kenapa selama ini kita membiarkan diri kita diulit maksiat dan menjauhkan diri daripada Allah,tuhan semesta alam????teringat lagi aku akan tazkirah ustaz sufi tersebut,jika Allah menurunkan ujian kepada kita dan kita tetap bersyukur di atas ujian tersebut dan masih lagi menyebut nama-nama Allah serta semakin jiwa kita dekat pada-Nya,maka Allah berganda-ganda menyanyangi kita.....bila terfikir,memang benar kata ustaz tersebut.....dengan kehadirannya,aku tersedar dari kesilapan lampau......walaupun aku tidak diuji dengan lebih hebat seperti rakan-rakanku yang lain namun ujian ini mampu mendekatkan diri aku kepada Allah dan menyedari bahawa aku sebelum ini tidak sepenuhnya mengamalkan ajaran Islam yang sememangnya dituntut dalam Islam...Islam agama yang begitu syumul untuk dihayati....insya-Allah,semoga dengan ujian ini,aku dan rakan-rakan yang lain mampu mengubah diri ke arah kebaikan danke arah mendapat redha-Nya yang selama ini aku tagih.....
malam itu,aku sekali lagi ditugaskan untuk menjaga roomate merangkap classmateku....namun,aku turut diminta untuk berulang alik ke kolej kediaman untuk meninjau keadaan di sana...memang diakui, aku cukup penat....dengan demam selesema yang belum reda lagi...namun,niatku hanya untuk menolong kerana aku yakin,suatu hari bila aku memerlukan bantuan orang,pasti Allah akan menurunkan bantuan kepadaku....kerana Allah itu Maha Adil....setelah menelefon umi & baba menyatakan apa yang terjadi(sebenarnya aku x cakap kat baba & umi yang aku menjaga dorang sebelum nie),umi & baba memberi semangat kepadaku di saat aku sememangnya merasakan diriku lemah......tepat jam 11.30 malam,ustaz yang datang merawat tersebut pulang.....tinggallah kumpulan kami beserta 2 orang felo lelaki untuk menjaga mereka.....seperti biasa,aku x dapat melelapkan mataku biarpun aku memang penat!!!aku mesej Jalilah Jumahat,salah seorang rakan seorganisasi MPP ku untuk menemaniku lewat malam itu....masa mesej tue,aku sememangnya lali...nak tidur....aku x sedar pukul berapa aku tidur tapi aku tengok last aku mesej dengan jal pukul 1.27 pagi....tup tup,aku tersedar pukul 1.55 pagi sebab salah seorang felo datang membuka pintu bilik menanyakan semua dah tidur ke x???aku sedikit pelik kenapa cikgu masuk???Is there something happen???terus aku dah x dapat tidur..aku melihat jam....terus,aku melihat dia yang merenung tajam ke arahku....aku terus melihat rakan-rakan yang ditugaskan bersamaku dan ternyata mereka lena....hanya kami berdua yang x tidur... aku cuak!!hanya zikir dan ayat kursi yang mampu aku baca pada saat itu...selebihnya,aku bergantung kepada Allah....beberapa minit berkeadaan sebegitu di katil aku tidur,aku terus berlari ke kati salah seorang rakanku dengan niat mengejutnya...namun,aku terkejut kerana dia merenungku dengan pandangan yang tajam....aku terus menghalang pandangan matanya dengan yaasin yang sememangnya sentiasa ditanganku...aku cuba mengejut rakanku tapi x berjaya....aku terdengar bunyi gerak katil dan aku terus menguatkan hatiku dengan alunan ayat kursi dan zikir.....aku x dapat membuat apa-apa... beberapa minit kemudian,aku memberanikan diriku untuk melihat katilnya...terkejut aku apabila melihat dia tiada di katilnya..lantas,pandanganku terus ke pintu...memang,dia keluar!!!pintu terbuka luas....aku terus mengejutkan rakan-rakanku yang bertugas bersamaku....yang selebihnya,aku rasa,x perlulah aku ceritakan disini....biarlah kami sahaja yang tahu.....tapi,setelah itu,memang aku x dapat nak tidur laa....aku,akak dan sir sirhan berjaga sehingga subuh....dan terus aku ke kuliah pagi itu walaupun memang badan aku terhuyung hayang...
Khamis,1 Dec 2011
Masa pertama,kuliah Physics....aku memang tidur sepanjang lecturer mengajar dihadapan.. bangun-bangun,lecturer cakap dah habis chapter 2!!!aku hanya mampu beristihgafar di dalam hati.....jelas,aku ketinggalan topik yang sangat penting dalam Physics...aku toleh ke belakang,tempat 2 orang classmates yang turut membantu kami dalam kes ini...aku lihat salah seorang dari mereka pun tertidur layu....jelas,bukan aku seorang yang x cukup tidur tapi dia pun sama....aku hanya mampu berdoa agar Allah mengembalikan kekuatan dan tenaga aku yang telah hilang....tambahan pula,lepas kuliah physics,aku perlu menduduki English Reading Test...itulah sebab utama aku perlu menguatkan diri untuk ke kuliah pada hari ini walaupun 3 malam xdapat tidur....aku jawab test english dengan semangat yang ditiup oleh Allah sahaja.....harap result x teruk....still ok walaupun terpaksa jawab dengan kaki tetibe terasa sakit dan lenguh....usai menjawab,aku terus tidur sambil menunggu totur mathematics...........namun,aku sedar yang aku sememangnya x larat...aku terus keluar dari kelas dan menapak ke PPKK untuk mendapatkan rehat.....sir sirhan membenarkan aku tidur di sana sementara yang lain disuruh ke kelas pada pukul 11.45 pagi...rupa-rupanya,mereka langsung x pergi kelas dari pagi tadi....hanya aku seorang je yang pergi....aku bangun pukul 2 petang......Alhamdulillah,rakan-rakanku yang kena semuanya dah dihantar pulang ke rumah masing-masing dengan van kolej....aku rasa,mereka dah ok kot....sebab masa aku tidur,mereka mengejutku untuk bersalam dan mengucapkan terima kasih....bangun tidur,aku terasa seluruh anggota badanku berat dan tersangat sakit perut seperti aku minum air yaasin di dalam lecture pagi tadi....masa aku bangun dari tidur,aku terdengar satu suara yang agak kasar menjerit...ku lihat,salah seorang yang turut besar memainkan peranan dalam kes ini... dialah ketua kami dalam menjaga mereka....aksinya ketika itu agak pelik....lantas,aku terfikir yang mungkin apa yang aku rasa sekarang ada kena mengena dengan syaitan....aku terus ke surau untuk solat zohor dan membaca yaasin untuk diriku...Alhamdulillah,badanku kembali ringan....sungguh,syaitan langusng x pernah letih memperdayakan manusia kan???? pukul 5 petang,aku terus menunggu bas untuk ke Shahab Perdana(stesen bas Alor Star) setelah diberi kebenaran balik sehingga hari ahad nie oleh Cikgu Hafizi... terima kasih cikgu kerana memahami keadaan saya...sebenarnya,aku agak keberatan nak meninggalkan kolej namun,setelah mendapat nasihat & pandangan daripada classmateku yang turut sama membantu, Muhammad Haziq Halimi,aku balik jugak ke Terengganu.....
Hari ini,aku rasa,aku telah mendapat rehat yang cukup.....berada di rumah memang menenangkanku......ayat suci Al-Quran sentiasa menemaniku walaupun aku berseorangan di rumah membuka lap top & online untuk menulis blog nie....insya-Allah,aku harap entry aku nie dapat menyedarkan rakan-rakan pembaca tentang kekuasaan Allah...jika Allah nak benda tue jadi,maka jadilah ia seperti firman Allah di dalam surah Yaasin,ayat 82, " Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah!"Maka jadilah sesuatu itu....kepada semua rakan-rakan kolej yang turut membantu samada ada sedikit mahupun banyak,pertolongan anda memang amat saya hargai...semoga Allah sentiasa menolong anda....bersyukurlah kerana kita diuji...jangan sesekali mengeluh dan merungut dengan ujian kerana ujian itulah dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t.....Alhamdulillah,sepanjang ujian ini berlaku,saya jugak dapat mengenali dengan lebih dekat rakan-rakan kolej saya yang selama ini mungkin saya kurang kenal....terima kasih semua...:)
(p/s: saya sedar,entry ini mungkin akan menjadi buah mulut dan terbitnya spekulsasi...tapi,niat saya hanyalah untuk berkongsi pengalaman dan menyedarkan rakan-rakan seIslam akan kuasa Allah....agar kita tidak meninggalkan Allah dalam kehidupan seharian kita...apa-apa pun,saya terlebih dahulu ingin meminta maaf andai ada yang tidak suka dengan apa yang saya kongsikan ini.....semoga kita semua sentiasa di bawah payung perlindungan dan kasih sayang Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyanyang.....)
"Allah tidak ada tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya);tidak mengantuk dan tidak tidur.KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi.Siapakah yang dapat memberi syafaat disisi Allah tanpa izinNya?Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka,dan di belakang mereka,dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi.Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar..."
~maksud ayat kursi~Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana aku diuji dengan ujian yang mampu aku lalui,syukur kerana cabaran yang datang mampu aku tangkis dengan adanya Dia disisi setiap saat,setiap detik dan setiap waktu.....kuasa Allah,tiada yang dapat menandinginya....kini,bersendirian di rumahku di Jerteh,Terengganu dan berjauhan dari Kolej MARA Kuala Nerang agak mengembalikan tenagaku dan kembali mengumpul kekuatan rohani setelah 4 hari dan 3 malam mengerahkan tenaga menjaga mereka....tidak dinafikan,aku turut mengalami sedikit gangguan emosi lantaran kepenatan setelah tidak cukup rehat......frankly to say,only 1 hour sleep 4 two days(monday & Tuesday) and 15 minutes sleep 4 the latest night(wednesday).....Subhanallah,how could I???Alhamdulillah,sekarang dah kat rumah,sampai pukul 5 pagi tadi dengan bas Shamisha Holiday....bertolak dari Alor Star pukul 10 malam....

Subscribe to:
Posts (Atom)